TinT@ Razibanna - 3 Artikel Terkini!!!

MiNd@ RazibannA - My Post (^_^)

Selasa, Disember 01, 2009

~ MISTERI 2012 !!!! ~


Salam ukhuwwah... (",)
Menarik!!!
Memang menarik Imiginasi.... Aku dah tonton Filem 2012...
Ada 2 perkara yang boleh kita Selami...
  1. Fakta mengenai Alam Sekitar kita yang menghampiri kemusnahan akibat tangan2 manusia

  2. Perancangan tersirat Gerakan Freemasonry (Gerakan Underground YAHUDI!!)

Jom kita saksikan Filem 2012... Buka mata & buka Minda.. Bahaya perancangan mereka...

Isnin, November 23, 2009

Fathiyah (episod 4) = "Karya Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor "

Selamat Membaca & Menghayati..... (",)

Teringat saya pesan abah dulu-dulu. Sampai sekarang ia masih terngiang-ngiang dan saya mengharapkan agar pesan abah itu menjadi sumber pahala yang berterusan kepadanya.

Kata Abah, di saat-saat saya bakal menduduki SPM, “Doakan agar hati kita terang untuk menerima ilmu, bukannya doa kejayaan begitu sahaja.” Pesan abah itu luas maknanya. Makna pesan abah adalah, ilmu bukan sekadar untuk dicurahkan ke dalam kertas peperiksaan tetapi adalah sebagai penghias amal kehidupan.

Pesan abah itu, sampai sekarang masih melekat dalam hati. Seperti api, ia terus marak membakar dan seolah-olah tidak akan padam.

“Papa, tok abah dulu garang tak?” Fathiyah bertanya. “Sayang, tok abah tak garang. Tok abah baik. Tok abah yang suruh papa hafal Quran. Tok abah yang nasihat papa agar jadi anak yang soleh. Tok abah yang nasihatkan papa agar jadi pemimpin masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan,” terang saya.

“Papa, along nak tanya papa satu benda, tapi papa janji papa jangan marah along,” ada saja anak sulung saya yang nakal. Entahla bagaimana pula bila Faqih besar kelak. Pasti banyak mulut macam kakak dia. Sekarang pun saya dan isteri sudah tidak larat melayan karenahnya yang macam-macam.

“Kenapa papa pilih mama?” terkejut saya mendengar soalan itu. Namun cepat-cepat saya sembunyikan riak wajah saya yang berubah. Saya perlu menjaga hati anak kesayangan saya ini. “Pada along, mama macam mana?” saya sengaja bertanya balik.

“Mama baik papa. Mama selalu pesan kat along, along along, kalau along nak masuk syurga, along mesti sayang Allah, sayang nabi, sayang mama dan papa,” kata Fathiyah sambil mengajuk cara isteri saya bercakap. Pecah ketawa saya. Fathiyah turut ketawa.

“Lagi, apa lagi mama bilang?” tanya saya lagi. « Erm, mama kata, mamay sayang sangat dengan papa. Sebab, papa yang banyak menanam rasa cintakan akhirat dalam diri mama. Mama kata, mama sayang papa bukan sebab papa orang yang ada nama. Tapi mama sayang papa sebab papa selalu curah ilmu dan ajak mama ingat akhirat,” sayu saya mendengar ulah anak kecil itu.

Saya mencubit pipi Fathiyah. “Along, hidup kat dunia ni tak lama. Along, mama, Faqih, adalah harta papa untuk bertemu Allah kelak. Masa papa pilih mama dulu, mama bagitau yang papa hanya tiket ke syurga. Mama pilih papa dengan harapan papa membimbing ke syurga. Along nak masuk syurga?”

“Nak nak, mestilah along nak masuk syurga papa. Dalam syurga along nak main Barbie. Auntie Aisyah kan suka main Barbie dengan Nabi Muhammad papa?” saya tersenyum mendengar ulahnya.

“Along nak masuk syurga sebab along nak tengok muka Nabi Muhammad. Along nak minta coklat dengannya. Along nak bagitau, Pakcik pakcik, papa tak bagi along makan coklat. Pakcik marah papa pakcik,hihi,” haha, ketawa kami dengan lelucon budak seusia empat tahun itu. macam-macam karenahnya.

“Papa, mama bilang, bau neraka busuk. Penghuni neraka tak dibenarkan mandi. Takde syampoo, takde sabun, takde Barbie. Along taknak masuk neraka. Along nak mandi kat syurga. Papa, kat syurga ada pantai tak?” saya mengangguk-angguk sahaja. Geli hati saya dengan anak yang sebesar itu.

“Ha, papa tak jawab lagi soalan along,” alamak, budak ni masih ingat lagi soalannya. Saya menarik nafas panjang. “Ala, along tidur dulu ye. Nanti esok-esokla papa cerita,” saya berhelah. Fathiyah mula menarik muka masam. “Papa ni,” panjang je muncung mulutnya. Saya tergelak. Bertuah betul budak ni.

« Ha, jangan lupa baca tasbih Auntie Fatimah, » pesan saya sambil menyelimutkan Fathiyah. Saya perlu menyambung pembacaan saya tentang kitab Fathul Bari karya Ibnu Rajab al-Hanbali. sengaja saya ingin mencari titik persamaan dan perbezaan antara metodologi Ibnu Rajab al-Hanbali dan Ibnu Hajar al-Asqalani dalam mensyarahkan Sahih al-Bukhari.

Fathiyah menyalami tangan saya dan mengucupnya, seraya saya mencium pipi dan dahinya. Dalam dahi saya mendoakannya agar benar-benar menjadi hamba sebagaimana Maryam yang memasrahkan hidup untuk berbakti kepada Allah.

Saya mendengar sayup-sayup anak saya itu membaca tasbih Fatimah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar.

Saya ke ruang tamu. Isteri saya masih menelaah buku dan menghafal beberapa keratan hadis. “Belum mengantuk lagi ke sayang?” saya bertanya. Jarang saya memanggilnya begitu. Kadang-kadang saja, untuk mengambil hati dan mencuri perhatian. Kuikui. Biasanya saya hanya memanggil nama.

“Belum bang. saya merenung ayat dalam surah al-Rahman. Mengapa Allah mendahulukan ayat kedua berbanding ayat ketiga. Mengapa mesti Allah menyebut, “Yang mengajarkan al-Quran” terlebih dahulu daripada “Yang menciptakan manusia”. Logiknya, mestilah menciptakan manusia dulu kan?” saya merapatinya. Saya berasa bangga sekali memiliki isteri yang begitu rajin merenung kebesaran Allah.

Setiap kali kami dalam perjalanan jauh, pasti kami menghabiskan masa dengan berbincang tentang ilmu, dakwah, tarbiah, suasana politik dan keadaan umat Islam masa sekarang. Beliau ternyata seorang isteri yang cekal dan tabah.

Isteri saya bukanlah orang yang terbaik. Namun ia adalah orang yang paling berkenan dalam hati saya. Dan saya dapat rasakan isteri saya orang yang paling sesuai dengan saya. Teringat balik saya dengan persoalan Fathiyah tadi.

“Fathiyah, along tak tau bahawa mama along ni seorang muslimah yang sangat istimewa dalam hati papa. Bersama mama, papa berasa iman papa sentiaa meningkat. Itulah keistimewaan mama kamu, anakku,” bisik saya dalam hati sambil menarik hidung telinga isteri saya.

“Adoi, abang ni memang nak kena,” laung isteri saya dan saya mula melarikan diri sambil tergelak ketawa.

Isnin, November 16, 2009

Perutusan Khas Razibanna :~ Razibanna Memohon Infiniti Kemaafan Kepada Sesiapa Sahaja Yang Pernah Mengenali Diri Ini Sepajang Berada Di UiTM Jengka ~



> Salam ukhuwwah dan Infiniti kemaafan kpd sahabat2 UiTM Jengka sepanjang perkenalan kita...
> Andaikata sepanjang perkenalan saya/ana ada terbuat apa2 kesalahan secara sengaja atau tidak sengaja, secara sedar atau tidak sedar, mohon sangat2lah DIMAAFKAN DUNIA AKHIRAT...
> Bagi yang saya/ana ada BERHUTANG ape sahaja dengan sape2, boleh lah tuntut dengan mengSMS 014-8121143...
> InsyaAllah, bagi sape2 yang ada salah ngn saya/ana, TELAH di ampunkan..
> Moga ukhuwwah Fillah yg terbina HANYA KERANA ALLAH..
> Bertemu dan Berpisahlah kerana ALLAH... InsyaAllah kita akan sama2 mendapat perlindungan Allah di Akhirat... ameen
> Mana yang baik yang boleh diambil dari saya/ana sama2lah kita amalkan... Mana yang BURUK dan TAK BAIK yang dtg dari saya/ana, sama2 lah kita hindarkan...


Alhamdulillah.. Selesai sudah Final Exam... Moga aku grad semester ni... (",)


Salam ukhuwwah... Doakan aku grad semester 6 ni.. walaupun ade rasa mcm x yakin ngn bbrp paper, harap sangt dpt Grad.. Ya Allah, makbulknlah doa ku...

Khamis, Oktober 29, 2009

All The Best Final Exam.... (",)


Sem ni adalah sem last aku... Korang doaknlah aku boleh grad part 6 ni...
Bukan ape, first paper aku agak kantoi jugak...
Moga Allah bg yang terbaik buat ku... Ameen.. (",)

Jumaat, Oktober 16, 2009

Fathiyah (episod 3) = "Karya Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor "

“Hari ni ustaz akan bacakan kalam hikmah Ibnu Ataillah al-Sakandari untuk dijadikan renungan kita bersama,” saya memulakan pengajian Kelas Tafsir bersiri dengan kata-kata sufi sebagi usaha membersihkan diri.

“Bagaimanakah hati boleh bercahaya sedangkan dunia masih melekat dalam hatinya,” saya memulakan dengan ungkapan pertama dengan sedikit perasaan sebak. Alangkah, sekiranya syaitan hanya menyesatkan manusia dengan gula-gula keduniaan, mungkin masih ramai manusia yang mampu bertahan.

Namun yang paling menakutkan adalah apabila syaitan memperdayakan manusia dengan permainan akhirat. Ia telah menyebabkan ramai ulama yang telah tenggelam dan ditewaskan.

“Apa maksud abang dengan syaitan memperdayakan manusia dengan akhirat,” tanya isteri saya suatu hari ketika kami sama-sama bermunaqasyah. “Iaitu, syaitan menjadikan kita leka dengan ibadah. Ibadah banyak namun keimanan tidak meningkat,” saya menjawab seringkas mungkin.

“Saya belum faham apa maksud abang tu,” isteri saya masih mahukan penjelasan yang detail. Saya memegang tangannya erat. “Syaitan cuba sedaya upaya menimbulkan rasa ujub dalam diri manusia itu sendiri. Ini menyebabkan kadang-kadang mereka beribadat kerana ingin menjadi hebat. Ada kalangan mereka beribadah kerana ingin mendapat karomah di sisi Allah. Mereka melihat kepada ibadah namun ibadah mereka tidak mendekatkan diri mereka kepada Allah,” saya tahu isteri saya masih belum memahami sepenuhnya.

Ya, bagaimana hati kita bleh berkilauan dengan cahaya keimanan sedangkan kekotoran dunia masih terlalu melekat dalam diri mereka. Sepatutnya dunia dijadikan tanaman atau ladang untuk akhirat namun sebaliknya yang berlaku.

Teringat saya apabila Fathiyah bertanyakan soalan suatu malam, ketika ia hampir sahaja menutup mata setelah saya membacakan kisah Nabi Daud as yang bertaubat kepada Allah.

“Papa, kenapa kita hidup di dunia?” tanya anak saya seraya menggenggam erat jari telunjuk saya. Saya mencium dahinya. “Along, kita hidup untuk beribadah kepada Allah,” jawab saya perlahan. “Kenapa kita perlu beribadah kepada Allah, papa?”

Belum sempat saya menjawab, anak sulung saya itu terus menjawab persoalan yang dicetuskan olehnya sendiri. “Untuk kita hidup di akhirat dengan baik kan papa?” saya mengangguk-angguk. Sekali saya saya mencium dahinya sambil mendoakannya.

Untuk hidup dengan cemerlang di akhirat. Maka perlu bersifat zuhud. Zuhud itu maknanya tidak melihat dan tidak menoleh ke arah dunia. Dunia adalah tempat persinggahan sementara kita menuju ke sebuah alam yang kekal abadi. Di alam itulah akan ditentukan sam ada kita ke syurga atau ke neraka.
Saya bertemu dengan sahabat-sahabat Fakulti Kedoktoran semalam. Kami bermuhasabah dengan penuh kerdup keinsafan. Saya menyatakan kepada mereka, “Jika kamu mencari pasangan yang berfikrah seperti kamu sahaja, maka pandangan kau amat sempit. Tetapi jka kamu mencari ‘hamba’ untuk meneman hidup kamu, maka pandangan kamu adalah merangkumi dunia dan akhirat,” jelas saya.

“Apakah kita sekadar mencari pasangan hidup yang hanya membolehkan kita pergi usrah? Atau membenarkan kita pergi ke program latihan? Itu pandangan yang masih sempit. Sepatutnya kamu semua berusaha mencari pasangan yang akan menanam jiwa kehambaan dalam diri kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah,” mereka semua terlopong mendengar penerangan saya.

Pasangan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah, bukan sahaja akan menjadi pendorong kepada kita untuk aktif berjuang bahkan akan sentiasa memberikan peringatan kepada kita tentang kedahsyatan akhirat dan sentiasa menyiram hati kita dengan air keimanan.

Saya menegaskan sekali lagi di dalam kelas, “Bagaimana hati seseorang itu akan bercahaya sedangkan duna masih melekat dalam hati mereka.”..................

Ya Allah, Selamatkanlah Nur Fatimah binti Ramadhan Fitri.....


  • Salam Takziah buat ustaz Ramadhan di atas ujian yang menimpa..
  • Mohon sahabat2 yang melawat blog ana, doakan keselamatan Nur Fatimah yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya,
  • sebenarnya doktor sendiri hingga ke saat ini masih tidak dapat mengenal pasti apakah 'punca' sebenar Fatimah yang sihat dan ceria pada pagi Khamis yang lepas ketika dihantar ke nurseri tersebut pada waktu pagi, tiba-tiba boleh mengalami kekejangan dan kemudian terus tidak sedarkan diri pada tengahari hari yang sama. Dalam masa 3 jam sahaja, Fatimah berubah keadaannya. Beberapa siri ujian yang dilakukan oleh doktor setakat ini, masih belum dapat mengesan punca sebenar apa yang terjadi kepada Nur Fatimah.
  • Sama-samalah kita mendoakan agar Nur Fatimah selamat dan tabah menghadapi ujian sakit ini. Tubuh beliau terlalu kecil untuk menanggung kesakitan yang seperti ini. Pedih dan pilu hati ini melihat si kecil tersebut terlantar sakit, berwayar-wayar dicucuk ke sana sini di tubuh kecil beliau.
  • Moga Ust Ramadhan, Kak Khadijah, Ustazah Fauziah sekeluarga terus tabah menghadapi ujian ini. Saya secara peribadi amat kagum dengan kekuatan yang dimiliki oleh Kak Khadijah. Beliau nampak tenang dan kuat menghadapi semua ini. Teladan yang cukup baik telah beliau tunjukkan, mungkin inilah hasil tarbiah yang cukup kuat mengcengkam hati srikandi yang berjaya menawan hati Ust Ramadhan ini.
  • Sumber : http://srikandiharakah.blogspot.com

Khamis, Oktober 15, 2009

MuHaSaBaH LiRiK n@sYiD 2 = "Mimpi Yang Indah"


Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

Rabu, Oktober 14, 2009

Fathiyah (episod 2) = "Karya Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor "

“Papa, Nabi Muhammad hensem kan papa. Ustazah Insyirah bagitau,” Fathiyah bertanya suatu petang. Tersenyum saya mendengar persoalan yang menarik itu. “Mestilah nabi kita hensem along. Selain daripada tu, nabi kita juga baik, lembut, pengasih,” jelas saya kepada anak perempuan saya yang berumur empat tahun tu.


“Papa, along nak jumpa nabi. Nanti along nak kenalkan papa dengan nabi. Along nak bagitau, pakcik pakcik, ini papa Fathiy, papa Fathiy sayang kat pakcik. Papa bagitau pakcik orang baik,” tergelak saya apabila Fathiyah membahasakan nabi sebagai pakcik. Macam-macam budak sorang ni.

“Papa tau tak, mama kata mama sayang nabi lagi daripada papa. Papa tak cemburu ke?” Pecah ketawa saya mendengar soalan yang bukan-bukan tu. “Papa tak cemburu pun. Sebab bukan nabi nak kawen pun dengan mama kamu tu. Mama kamu tu pun nak kawen dengan papa je, dunia akhirat,” kata saya sambil meleretkan mata ke arah isteri saya yang tidak habis-habis dengan membaca buku. Tapi membaca buku sekejap, terus je terlelap.

Read to sleep, tu la yang saya guraukan dengan isteri saya.

Fathiyah mengomel lagi. “Papa, ustazah bagitau, kalau kita nak jumpa nabi, kita kena ikut sunnah nabi, baca selawat banyak-banyak dan jangan langgar perintah nabi. Nabi suruh along solat, along kena solat. Along taknak tinggal solat. Along nak sangat jumpa nabi. Kalau along tak solat, nanti nabi marahkan along. Along takut papa,” semacam menangis saja suara anak saya tu.

Isteri saya pernah bagitahu, Fathiyah menangis seorang diri suatu petang. “Kenapa along nangis awak?” tanya saya. Kami ketika itu baru sahaja selesai mengulang al-Quran di beranda rumah.

“Entahla bang. Along kata dia rindukan pakcik Muhammad,” jelas isteri kesayangan saya tu sambil mengucup mashaf al-Quran. Saya terkejut. “Siapa pakcik Muhammad tu.” Isteri saya tersenyum lebar.

“Nabi Muhammad, bang. Tu yang saya terkejut tu. Dahla dia panggil nabi pakcik Muhammad. Tapi lama dia nangis bang. Dia bagitau saya, Pakcik Muhammad suka budak-budak. Da taknak jadi orang besar sampai bila-bila,” saya terkedu mendengarnya.

Rutin hidup kami, malam dipenuhi dengan tahajud dan munajat. Saya kagum mempunyai isteri yang sanggup bersengkang mata untuk bertahajud. Pernah isteri tertidur dalam sujud. Namun Allah ketawa dengan orang yang tertidur dalam sujud.

“Sebab tu saya tidur dalam solat bang. Sebab Allah ketawa,” kata isteri saya sambil ketawa. Saya terus tarik hidung dia, “Oh, nak tidur dalam solat kan. Nah, abang tarik hidung awak,” gurau saya. “Ala abang ni, nanti hidung saya panjang, hodoh, abang juga yang malu,” nak pecah perut saya mendengar katanya.

Bilang isteri saya, “Orang perempuan, walaupun tidak boleh solat sebab uzur, tapi kena bangun untuk berzikir dan baca wirid.” Itu yang membuatkan saya semakin mengagumi wanita yang berhati tabah itu. Setiap Isnin dan Khamis, kami berpuasa dan berbuka bersama sekadarnya cuma.

Fathiyah juga sudah belajar berpuasa. Namun puasanya hanya sekerat hari. Dia mahu sahaja menghsap jarinya. “Papa tak tau, jari along ni, keluar air susu. Best,” ada saja omelannya.

“Papa, Makcik Aisyah kirm salam pada papa dan mama,” kata Fathiyah. Makcik Aisyah. Siapa pula Makcik tu. Takkan peminat saya pula. Ceh, perasan pula lebih, hehe.

“Siapa makcik Asyah tu, awak?” tanya saya pada isteri saya.

“Entahlah bang, along bagtau, Makcik Aisyah selalu datang dalam mimpi dia dan baca hadis. Saya pun tak tau siapa,” saya tercengang.

Makcik Aisyah? Sang Humaira’? Saya mula galau................

MuHaSaBaH LiRiK 1 = "Menanti di barzakh"

Ku merintih…aku menangis …

Ku meratap…aku mengharap…

Ku meminta dihidupkan semula,

Agar dapat kembali ke dunia nyata.

Perjalanan rohku,

Melengkapi sebuah kembara,

Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia,

Menanti di Barzakh sebelum berangkat ke mahsyar,

Di perhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya.

Tanah yang basah berwarna merah,

Semerah mawar dan juga rindu,

Tujuh langkah pun baru berlalu,

Seusai talking bernada syahdu.

Tenang dan damai di pusaraku,

Nisan batu menjadi tugu,

Namun tak siapa pun tahu resah penantianku…

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,

Seakan kudengari tangis mereka yang ku tinggalkan,

Kehidupan di sini bukan satu khayalan,

Tetapi ia sebenar kejadian..

Kembali roh kembali,

Kembalilah ke dalam diri,

Sendirian sendiri,

Sendiri bertemankan sepi,

Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,

Terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu…

Ajal yang datang di muka pintu,

Tiada siapa yang memberitahu,

Tiada siapa pun dapat hindari,

Tiada siapa yang terkecuali..

Lemah jemari nafas terhenti,

Tidak tergambar sakitnya mati,

Namun tak siapa pun tahu resah penentianku…

Jantung berdegup kencang,

Menantikan malaikat datang,

Menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan,

Selama ini diceritakan ..

kini, aku merasakan di alam Barzakh jasad dikebumikan…

Fathiyah (episod 1) = "Karya Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor "

Saya sedang asyik membaca karya Muhammad Ahmad al-Rasyid ketika anak saya Fathiyah bertanyakan soalan, “Papa, mengapa papa dan mama selalu bangun pagi-pagi hari untuk solat? Papa dan mama tak mengantuk ke?”

Saya tersenyum melihat telatah anak saya yang baru memanjat usia empat tahun. Ia gemar sekali bertanya. Macam-macam yang ditanya. Pernah juga anak kesayangan saya bertanya dari mana adiknya Faqih keluar. “Mama tak sakit ke masa perut mama dibelah untuk ambil adik?” Saya dan isteri hanya mampu tertawa mendengar soalan anak kami yang tidak pernah putus dengan soalan.

“Along rasa papa dan mama mengantuk tak?” saya bertanya balik. Saya sendiri masih dalam proses belajar menjawab persoalan kanak-kanak kecil agar sesuai dengan citarasa saya. Pernah abah dulu marahkan saya sebab tidak pandai melayan karenah adik saya Sumaiyah ketika dia berumur umur enam tahun.

“Along rasa tak. Mesti papa dan mama seronok kan. Tapi kan papa…” anak sulung saya terdiam. Berkerut-kerut dahinya, semacam ingin bertanyakan sesuatu. “Kenapa along?” saya bertanya mendapatkan kepastian.

“Kalau along tanya, papa jangan marah ye. Papa, papa janji jangan marah ye,” macam-macam karenah anak kesayangan saya ni. Saya mengangguk-angguk kecil sambil menghulurkan jari kelingking ke jari kelingkingnya. Kami tersenyum. Isteri saya yang sedang menelaah al-Quran memasang telinga dari kejauhan.

“Tadi along tengok papa dan mama nangis. Kenapa papa dan mama nangis? Allah marah papa dan mama ke?” terkejut saya mendengar pertanyaaan sebegitu. Astaghfirullah, berat sungguh persoalan tu. Saya langsung tidak menyangka anak sulung kami itu mengintai kami dari jauh. Isteri saya kelihatannya turut tersentak.

“Along tengok ke?” saya bertanya balik. Fathiyah mengiyakannya. “Tiap-tiap malam along tengok. Papa sebut, Ya Allah, kami banyak berdosa pada-Mu. Papa dan mama buat banyak dosa ke? Along taknak papa dan mama masuk neraka. Along nak kita semua masuk syurga. Sebab tu along baca quran banyak-banyak. Along nak doa pada Allah supaya Allah masukkan papa dan mama masuk syurga. Along masuk neraka takpe, asal orang yang along sayang masuk syurga.”

Dan saya terdiam seketika.

Teringat saya ketika saya berbincang dengan isteri suatu hari, di awal-awal perkahwinan kami. “Kalau awak, awak mahu anak yang macam mana?”

Isteri saya berfikir sejenak. Kami gemar sekali berbincang. Biasa bagi kami untuk mengulang al-Quran bersama-sama. Sebelum tidur, paling kurang dua kali dalam seminggu saya akan menceritakan kisah para anbiya’ dan kisah-kisah teladan lain kepadanya.

Dalam dua kali seminggu juga, saya akan mengajarkannya kitab tafsir, hadis dan sedikit berkaitan tazkiyah jiwa. Yang lain, saya terpaksa menghabiskan masa dengan masyarakat. Isteri hanya sempat mengikut saya menyampaikan kuliah berdasarkan kelapangan yang ada.

Beliau juga ada tugas tersendiri. Rumah kami juga telah dijadikan kelas fiqh Wanita yang dikelolakan oleh isteri saya sendiri. Hidup kami sarat dengan ilmu dan ibadah serta jihad. Kami tidak mahu menyia-nyiakan hidup kami dengan bercinta semata-mata. Itu adalah asas untuk kami bergerak lebih laju dan mantap dalam mengejar redha dan ampunan Allah.
“Saya mahukan seorang anak yang berilmu dan takut melakukan maksiat,” kata isteri saya dengan penuh harapan. Isteri saya sendiri sebenarnya seorang yang sangat takutkan maksiat. Acap kali saya melihat ia menangis dalam munajatnya. Saya sendiri terdidik dengan akhlak isteri saya itu.

“Abang juga mahukan anak kita seorang yang sangat rajin melakukan ketaatan kepada Allah, takut melakukan maksiat dan berilmu. Impian kita adalah sama,” kami tersenyum.

Anak kita mesti menghafal al-Quran dan hadis. Ia mesti dididik dengan tawadhu’ dan takutkan Allah. Maka jika kita mahukan anak yang begitu, kita mesti rajin bertahajud, berdoa, menjaga makanan, menjaga hubungan dengan orang alim dan masyarakat dan sebagainya.

“Papa, mengapa papa diam je? Along tanya ni,” saya terjaga dari lamunan. Fathiyah masih menanti dengan penuh harapan. Saya menarik tangan anak saya ke ribaan dan memeluknya erat. Sambil mencium ubun-ubunnya, saya berbisik perlahan,

“Papa dan mama takutkan Allah, nak,” dan saya tidak mampu menahan deraian air mata......

Sabtu, Ogos 22, 2009

Salam Ramadhan Buat Semua... (",)

Selamat Menjalani Tarbiyyah Di
Madrasah Ramadhan








Rabu, Julai 29, 2009

~ AKTIVITI - AKTIVITI TERKINI Entertainment of Muslim Art Club (EAC) ~

Salam Revolusi EAC
("ART FOR ALL")

6/8/09 : " The Night Of Truth"
Program Tayangan & Pembongkaran Gerakan Freemasonry
(Gerakan Underground Yahudi La'natullah)
17/8/09 : "Jalan - Jalan Cari Makan"
Seminar Makanan Halal Haram Follow Up daripada the night of truth tentang alternatif kita untuk memBOIKOT!!! barangan Yahudi...

Antara penceramah yang dijemput :-
Tuan Haji Ismail (CEO HPA)
Wakil Persatuan Pengguna

Ustaz Asjad (Wakil CITU)


Isnin, Jun 29, 2009

Cuti Semester Yang Penuh Dengan Kejutan ........

Salam sayang kepada semua sahabat2 yang ku kenali....

> Sepanjang cuti semester ni ana mengalami pelbagai kejutan.
> Ada kejutan yang menyedihkan untuk ana & ada yang mengembirakan untuk ana
> Namun, ana tetap redha dengan ketentuan ALlah....
> Apa kejutan2 tu?... hmmm, x pe lah.. cukuplah ALlah & Ana je yang mengetahuinye.
> "Ya ALlah, moga setiap yang engkau tetapkan untuk ku adalah yang terbaik buatku"

Buat semua yang mengenali diri ana, mohon maaf dari dunia sampai akhirat, yang sengaja atau tidak sengaja,yang sedar atau tidak sedar...Ampun maaf ana mohon dari antum & antunna semua...
Ana memang seorang manusia yang lemah & hina di sisiNya... (",)

Rabu, Jun 24, 2009

~ PESTA SUKAN PASTI SEMALAYSIA kali ke-25 ~ Sehari Bersama2 Adik2 PASTI SeMalaysia

Baru2 ni ana terpilih menjadi salah seorang penjaga padang masa PESTA SUKAN PASTI SEMALAYSIA kali ke-25 kat UNISEL.... Seronok sangat sebab boleh jumpa semua orang2 yg bnyak berjasa kpd PASTI.. TUAN RUMAH kali ni SELANGOR, Negeri tumpah darah ku.. Acara dipertandingkan ialah Bola Sepak & Bola Jaring. Piala tersebut direbut oleh 12 buah negeri kecuali Sarawak..

1 : Persiapan2 akhir untuk Pesta Sukan oleh AJK2 bekerja keras bbrp hari sebelum pertandingan..
2 : Taklimat diberikan kpd semua petugas2 oleh pengarah sukan
3 : Suasana pagi hari yang tenang di padang pertandingan....


1 : Razibanna bersama pemuda Puchong bersiap sedia untuk bertugas.
2 : Beberapa org dari kontijen tuan rumah Selangor baru tiba.
3 : Acara perbarisan oleh semua kontijen2 dari seluruh negeri.
4 : Jersi yang ditaja oleh HPA kpd PASTI Terengganu...


Selangor & Pulau Pinang Berjaya masuk ke Perlawanan Akhir Bola Sepak & Untuk Bola Jaring Selangor & Kelantan berjaya layak ke Peringkat Akhir...
1 : Skuad Bola Sepak Selangor & Pulau Pinang sedang bergambar
2 : Para penonton sedang menyaksikan perlawanan
3 : Adik2 PASTI bersedia untuk bertempur
4 : Pulau Pinang sedang menyerang ke gawang Gol Selangor...
Namun negeri tumpah darah ku berjaya Menjadi Juara...
1 SELANGOR VS PULAU PINANG 0


1 : Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat )sedang menyaksikan perlawanan Akhir Bola Sepak
2 : Ucapan Perasmian penutup oleh Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat )
Antara isi ucapan beliau adalah
  • "Badan yang Sihat akan lahirkan otak Cerdas"
  • Adik2 PASTI mempunyai bakat yg perlu digilap bg menyelesaikan masalah bola sepak negara yg x habis2 & lebih hebat dr RONALDO dr MU
  • Menjadi contoh pendidikan yang bukan sahaja Ilmiah dlm pendidikan dalam kelas malah Ilmiyah di luar Kelas

Semoga adik2 PASTI & semua yang terlibat mendapat keredhaan ALlah
Mari kita sama2 jayakan pendidikan yg Syumul JAUH DARI PENYAKIT SEKULAR!!!
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template